Mushaf rasm Uthmani tu apa pulak?



Pengenalan secara ringkas

   Adalah mushaf yang dicatat dan disempurnakan pada zaman Khalifah ‘Usman ibn ‘Affan yang digunakan kaedahnya hingga hari ini.

   Mushaf Uthmani disandarkan pada nama khalifah Uthman

   Menurut jumhur ulama, mushaf ini berjumlah 6 buah.

   Kaedah tulisan kalimah2 dalam mushaf Uthmani, dipanggil dengan = Rasm Uthmani

   Satu kalimah yg ditulis, boleh dibaca dengan beberapa wajah (untuk mencakupi perbezaan Qiraat bacaan)
   Contoh:  dibaca “maaliki” atau “maliki” :-
   ditulis dengan “mim+ lam + kaf” , bukan “mim + alif + lam + kaf”
   mushaf uthmani sekarang > di letak alif kecil atas mim = maka Qiraat yg baca “maaliki” akan menggunakan alif kecil itu, dan Qiraat yg baca “maliki” akan tidak memperdulikan alif kecil itu.

   6 buah Mushaf Uthmani untuk mencakupi kesemua wajah2 bacaan ‘Tujuh Huruf’.
   perbezaan seperti penambahan kalimah pada satu mushaf yg tak terdapat dalam mushaf yg lain dan sebagainya.
   Kaedah penulisan yg berbeza berbanding dengan tulisan Arab yg biasa.


Keistimewaan/kelebihan mushaf Rasm Uthmani

  1. Mengikut tulisan asal alQuran sewaktu zaman Nabi s.a.w ( kerana ianya disalin dari mushaf abu bakar)
  2. Memperbolehkan bacaan sesuatu kalimah dengan pelbagai qiraat.  – Mengandungi pelbagai Qiraat, walaupun sebahagiannya berlaku perbezaan makna tapi tak terkeluar dari maksud dan tujuan ayat itu.
  3. Telah disepakati lebih kurang 12,000 para sahabat atas keputusan penulisannya.
  4. Ditulis berdasarkan dalil dan hujjah yg kuat dari bacaan yg mutawatir.
  5. Ditulis ayat2 yg diambil dari para huffaz yg menjadi teras pengumpulan alQuran
  6. Kaedah2 penulisannya mengandungi pelbagai rahsia dan pengembangan ilmu dan ijtihad.


Kewajiban menulis Qur’an dengan kaedah Rasm Uthmani

Sebahagian besar para ulamak salaf dan khalaf (Jumhur ulamak) berpendapat wajib menulis Quran dengan kaedah rasm uthmani kerana inilah satu sunnah yg telah ditulis oleh para penulis wahyu dan direstui oleh Nabi s.a.w dan disepakati oleh khulafa’ rasyidin dan para sahabat.
Banyak hadith2 yg menguatkan pendapat ini.


Mushaf Uthmani yg asli

Mushaf Uthmaniah pada mulanya tiada titik dan tiada baris bagi huruf2 dalam tulisan kalimah2, supaya para sahabat dapat membaca wajah2 Qiraat masing2 sepertimana mereka mengambilnya dari Rasul s.a.w.
Tiada masalah pembacaan ketika itu kerana mereka bertalaqqi langsung dengan Rasul s.a.w atau para sahabat yg lain, dan masing2 mereka mempunyai hafalan yg kuat serta kekuatan penguasan bahasa Arab.
Tetapi setelah kesalahan2 yg dibuat dari pembaca2 yg dari jauh atau bukan arab, maka perlunya diletakkan titik dan baris pada huruf2 tersebut.


Perihal Nuqut ‘ijam dan baris

Setelah kesalahan2 yg dibuat daripada pembaca2 yg bukan arab, dan juga generasi yg baru telah tidak menguasai bahasa Arab seperti generasi yg terdahulu, maka perlunya diletakkan tanda2 bagi membezakan antara huruf yg sama bentuk dan untuk menandakan lafaz fatha, kasrah, dhammah dan sukun.

(1) Titik2 yg berwarna untuk menandakan fatha, kasrah dhamma.
     Usaha meletakkan titik telah bermula pada zaman pemerintahan Umayyah. Titik2 yg berlainan warna dan lokasi untuk menandakan lafaz fathah, kasrah, dhammah. Kesalahan      membaca tetap berlaku kerana huruf-huruf yg sama bentuk masih belum ada perbezaan.
.
(2) Titik2 untuk membezakan huruf2 yg sama bentuk.
     Tulisan alQuran telah diperbaiki lagi dengan meletakkan titik2 pada huruf2 yg sama bentuk, menjadi apa yg dikenali sebagai nuqut ‘jam.
.
(3) Baris, sukun, sabdu
      Pada zaman pemerintahan Abbasiyah, telah diperbaiki lagi dengan menambah baris, sukun dan sabdu pada huruf2 seperti yg kita lihat hari ini.
.
(4) Sakta, Nombor ayat, juzuk, hizb dan rubu’
      Memperbaiki/mempermudahkan lagi tulisan Mushaf Rasm Uthmani ( pada zaman Abbasiyah )
      Ditambah tanda saktah
      Diletakkan nombor ayat dihujung setiap ayat.
      Dibahagikan kepada Juz, hizb dan rubu’.
      ini bertepatan dengan hadith Nabi s.a.w, dimana ada seorang yg menanyakan Nabi s.a.w berapa lamakah harus dia mengkhatamkan alQuran. Nabi jawab dalam masa 30 hari,      atau 20 hari, atau 15 hari, atau 10 hari, atau 5 hari. Maksudnya, orang itu boleh berhenti (Qot-’u) bacaan samada satu hari satu Juz (30 hari), atau satu hari satu juz dan satu          hizb (20 hari ), atau satu hari 2 juz (15 hari) dan sebagainya.


Kaedah dalam penulisan Rasm Uthmani

Salah satu rukun membaca Qur’an adalah bacaan mesti menepati dengan penulisan Mushaf rasm uthmani.

(1) Badal – tukar huruf kepada yg lain

a. Sepakat ulamak Qurra’ dalam penukaran sesuatu huruf dengan lafaz huruf yg baru. ( ta tukar pada To )

b. Sepakat ulamak Qurra’ dalam penukaran sesuatu huruf tapi huruf yg baru tak dibaca sambil mengekalkan lafaz huruf yg lama. ( alif ditukar pada waw, tapi lafaz mad alif masih     kekal )
c. Selisih para Qurra’ samada membaca lafaz huruf yg menukar huruf lama atau tidak. Ada Qiraat membaca lafaznya, ada Qiraat tidak.

(2) Ziadah – penambahan
a. Sepakat ulamak Qurra’ menambah huruf dan membaca lafaznya ( hisaabiyah – ha ditambah)
b. Sepakat ulamak Qurra’ menambah huruf dan tidak membaca lafaznya ( u-u-laa-i > u-laa-i )
c. Selisih para Qurra’ samada membaca lafaz atau tidak pada huruf yg telah ditambah ( sulthoniyah – ha ditambah )

(3) Hazaf – membuang

a. Sepakat ulamak Qurra’ membuang sesuatu huruf tapi masih dilafazkannya ( ilaahun > allah  – hamzah qota’ di permulaan kalimah tak ditulis, tapi disebut.)
b. Sepakat ulamak Qurra’ membuang sesuatu huruf serta lafaznya sekali. ( rabbii > rabbi – dibuang ya di hujung kalimah )
c. Perbezaan bacaan dikalangan ulamak Qurra’ – samada melafazkan huruf yg telah dibuang atau tidak ( huruf ya di hujung kalimah – yad-’uddaa’ii > ada baca yad-’uddaa’i tanpa     lafaz ya mad )

(4) Maqtu’ dan MauSul

Maqtu’ – memisahkan antara dua kalimah; kaedah penulisan yg biasa = inna maa
MauSul – menggabungkan dua kalimah = innamaa


Mushaf apakah yg kita gunakan hari ini ?

1. mushaf baghdadi (rasm imla-ie)
    hanya boleh dibaca dengan satu wajah saja ( Qiraat ‘Asim ? )
    masih termasuk dalam rukun kedua membaca alQur’an = bertepatan dengan salah satu wajah bacaan mushaf uthmani.
    tak mencakupi tujuh huruf ??

2. mushaf Madaniyah al-Nabawiyah (rasm uthmani) = telah ditambah dengan :-
    Tanda2 tanwin yg selari / tak selari, lonjong atas alif, bulat kecil atas alif,waw,ya dll ..
    Sila lihat pada “Dhabt, Tanda2” dan “Waqaf dan Ibtida“.
    merangkumi wajah2 bacaan Qiraat2 yg mashur > menepati rukun kedua membaca alQur’an :
    bertepatan dengan salah satu wajah bacaan mushaf uthmani – yg mana mushaf Madaniyah ini cuba merangkumi kesemua wajah2 yg ada.
    mushaf international” boleh digunakan seluruh dunia.
.


Perihal Khat (font)

Para penulis wahyu waktu itu menulis dengan khat Jazm, jugalah pada tulisan mushaf rasm uthmani yg pertama.
Seni khat telah berkembang maka Quran yg kita ada sekarang menggunakan khat Nasakh.




Ooo.......faham..faham
jom tengok yang lain pulak.....

kembali ke LAMAN UTAMA