DOA SELEPAS MENGAJI
( jika ada arwah )

Segala puji hanya kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas junjungan ku Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat serta orang-orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa ku, samada dosa-dosa yang besar atau dosa yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang aku sengajakan atau kerana kejahilan ku. Sesungguhnya Engkau lah yang maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa suami/isteri ku, dosa anak-anak ku, dosa adik beradik ku, dosa seluruh ahli keluarga ku,dosa guru-guru ku serta dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dengan rahmat Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Ya Allah, Engkau tunjukkanlah dan bimbinglah aku kejalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Kasihanilah aku dengan berkat al-Quran. Jadikanlah al-Quran itu sebagai imam, sebagai cahaya, sebagai hidayah dan sebagai rahmat bagi ku.

Ya Allah, Engkau ingatkanlah aku apa yang aku lupa tentang al-Quran dan Engkau ajarkanlah aku apa yang aku tidak tahu tentang isi al-Quran. Berikanlah kepada aku keupayaan untuk membacanya pada waktu siang dan malam.

Ya Allah, Engkau terima lah dan sampaikanlah pahala bacaan ku ini kepada sekelian ahli kubur, khususnya kepada roh ahli keluarga ku…

1. Al-marhum Hassan bin Faridah atau Hawa (contoh)

2. Al-marhumah Halijah bt Rogayah atau Hawa (contoh)

Serta roh sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat.

Ya Allah, sampaikanlah pahala ku ini kepada roh mereka dan jadikanlah ia sebagai cahaya yang memancar-mancar disisi mereka. Gandakanlah rahmat Mu dan keredhaan Mu keatas mereka.

Ya Allah, selamatkanlah mereka di dalam kubur, jadikanlah kubur mereka salah satu taman dari taman-taman Syurga. Selamatkanlah mereka dari segala sengsara azab kubur dan jangan Engkau jadikan kubur mereka itu salah satu lubang dari lubang-lubang neraka. Ya Allah, ampunkan mereka, rahmatilah mereka, afiatkanlah mereka dan maafkanlah kesalahan mereka...











DOA SELEPAS MENGAJI
( tanpa arwah )

Segala puji hanya kepada Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam keatas junjungan ku Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga dan para sahabat serta orang-orang yang mengikutnya sehingga hari kiamat.

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa-dosa ku, samada dosa-dosa yang besar atau dosa yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang aku sengajakan atau kerana kejahilan ku. Sesungguhnya Engkau lah yang maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa suami/isteri ku, dosa anak-anak ku, dosa adik beradik ku, dosa seluruh ahli keluarga ku,dosa guru-guru ku serta dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dengan rahmat Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Ya Allah, Engkau tunjukkanlah dan bimbinglah aku kejalan yang lurus dengan berkat al-Quran. Kasihanilah aku dengan berkat al-Quran. Jadikanlah al-Quran itu sebagai imam, sebagai cahaya, sebagai hidayah dan sebagai rahmat bagi ku.

Ya Allah, Engkau ingatkanlah aku apa yang aku lupa tentang al-Quran dan Engkau ajarkanlah aku apa yang aku tidak tahu tentang isi al-Quran. Berikanlah kepada aku keupayaan untuk membacanya pada waktu siang dan malam.

 

((((  kembali  ))))