DOA UNTUK GURU

Ya Allah, dengan berkat Surah Yasiin ini, Engkau masukkanlah kami semua kedalam golongan hamba-hamba Mu yang mendapat kurnia dan ganjaran dari kemurahan Mu dan kurniakanlah kepada kami setiap kebaikan yang ada didalamnya.

 Ya Allah, dengan berkat Surah Yasiin ini, Engkau ampunkanlah dosa-dosa kami, samada dosa-dosa yang besar atau dosa yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang kami sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.

 Ya Allah, dengan berkat Surah Yasiin ini,  Engkau ampunkanlah dosa kedua ibubapa kami, dosa pasangan kami, dosa anak-anak kami, dosa adik beradik kami, dosa seluruh ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami serta dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dengan rahmat Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

Ya Allah, terimalah bacaan al-Quran kami dan tahlil kami ini dan Engkau ampunkanlah setiap kesilapan yang berlaku didalam bacaan kami dan janganlah Engkau kurangkan pahlanya dari kami. Sesungguhnya Engkau lah yang lebih mengetahuinya.

Ya Allah, berikan berikan kesejahteraan dan keberkatan hidup untuk semua guru-guru yang pernah mengajar kami ilmu dunia dan akhirat. Kurniakanlah kepada ganjaran dari kemurahan Mu diatas setiap usaha mereka untuk mendidik kami.

 Kurniakanlah kepada guru-guru di negara kami ini hati yang ikhlas dalam menyempurnakan tanggungjawab mereka dengans ebaiknya . Bukakanlah hati mereka agarmenjadikan seluruh aktriviti dunia pendidikan sebagai ibadah mengharapkan rahmat dan keredhaan-Mu semata-mata .

Ya Allah, Engkau anugerahkan rasa kasih sayang kepada mereka terhadap anak-anak didik mereka ,sebagaimana mereka mengasihi dan menyayangi anak-anak mereka sendiri , kurniakanlah kepada mereka kesabaran , ketabahan , semangat kerjasama yang tinggi dalam sebuah pasukan , semangat permuafakatan dan semangat juang yang tidak mengenal erti putus asa dalam memikul tanggungjawab sebagai seorang pendidik dan berusaha menyumbang tenaga , idea dan kepakaran demi meningkatkan kualiti akademik dan ko-kurikulum pelajar-pelajar mereka.

Ya Allah, Tuhan Yang Maha Mendengar, lagi Maha Melihat,

Dengarkanlan harapan dan pengaduan kami ini. Mustajabkanlah permohonan kami agar Engkau mengurniakan kesejahteraan dan kesihatan kepada guru-guru kami di negara ini yang menjadi payung kepada generasi akan datang.

Semoga Engkau mengurniakan kekuatan kepada diri mereka untuk terus menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam memainkan peranan bagi memartabatkan pendidikan generasi kami berteraskan al-Quran dan al-Sunnah.

Ya Allah, Ya Karim, Jadikanlah guru-guru kami mempunyai darjat yang tinggi serta hiasilah mereka dengan kebijaksanaan, binakanlah benteng ketakwaan dan keimanan yang teguh kepada mereka. Hindarilah mereka daripada perkara yang memudaratkan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.

Ya Allah, Ya Aziz Ya Ghaffar, Anugerahkanlah segala kemudahan kepada para guru kami agar mereka senantiasa mendapat kejayaan dan kecemerlangan di dunia dan akhirat. Berkatilah usaha dan sumbangan kebaikan mereka di dunia ini.

Berikanlah kekuatan kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan kemajuan diri dalam mendidik anak bangsa ibu pertiwi. Anugerahkanlah kepada mereka kualiti kehidupan yang lebih baik dari hari-hari sebelumnya. Tinggikanlah darjat mereka di sisiMu, sucikanlah hati mereka dengan keikhlasan berbakti untuk agama, bangsa dan negara.

 (((  keluar  )))