DOA 

MAJLIS DOA SELAMAT AQIQAH

Ya Allah, Engkau lah yang maha Berkuasa atas segala2nya. Kami bersyukur kepada Mu yang telah memberikan kami nikmat dan rahmat sehingga dapat kami berkumpul pada hari ini.

Ya Allah, Engkau terima lah bacaan al-Quran kami, khususnya surah Yasiin ini dan tahlil kami ini serta Engkau ampunkan lah segala kesalahan dan kelemahan didalam bacaan kami tadi. Jangan lah Engkau kurangkn pahalanya dari kami.

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, samada dosa yang besar atau dosa yang kecil, samada dosa yang tersembunyi atau yang nyata, samada dosa yang kami sengajakan atau kerana kejahilan kami. Ya Allah, terimalah taubat kami sebagai taubat nasuha, sesungguhnya Engkau maha pengasih, maha penyayang lagi maha pengampun.

Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa ibubapa kami, dosa pasangan kami, dosa anak-anak kami, dosa adik beradik kami, dosa seluruh ahli keluarga kami, dosa guru-guru kami serta dosa sekelian kaum muslimin dan muslimat, mukminin dan mukminat, dengan rahmat Mu ya Allah, Tuhan yang maha pengasih lagi maha penyayang.

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ ،

اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،اللهُ اَکْبَر ،

لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ  الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى کُلِّ شَىْءٍ قَدِيْرٍ

Ya Allah, hak milik Engkau jualah  segala yang ada di langit dan di bumi. Engkau mencipta apa yang Engkau kehendaki. Engkau mengurniakan anak-anak perempuan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki dan mengurniakan anak-anak lelaki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki. Sesungguhnya Engkau lah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa..

Ya Allah, kami bersyukur kepada Mu yang telah mengurniakan seorang anak lelaki/perempuan kepada pasangan ini (sebut nama kedua ibu bapa kanak-kanak). Ya Allah, Engkau kurniakan lah kepada kedua ibubapa ini hidayah, petunjuk dan taufik Mu agar mereka berdua dapat menjalankan amanah yang Engkau berikan kepada mereka ini dengan keimanan dan takwa kepada Mu. Ya Allah, kurniakan lah kepada mereka berdua kekuatan dan keyakinan untuk mendidik dan membesarkan anak mereka ini sebagai hamba yg taat dan patuh kepada perintah2 Mu. Ya Allah, Engkau bimbing lah mereka berdua diatas jalan yang Engkau redhai.

سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُِللهِ

وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَکْبَرُ ،

وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ

Ya Allah, rahmati lah anak kecil ni ( sebutkan nama kanak-kanak ). Ya Allah, Sesungguhnya telah Engkau catatkan segala2nya untuk kehidupannya, baiknya, buruknya, rezekinya,  hidupnya, matinya dan segala2nya yang Engkau lebih mengetahuinya. Ya Allah, jika keburukannya lebih banyak dari kebaikannya, kami memohon kepada Engkau ya Allah, Maha Suci Tuhan yang ArasyNya terletak di langit, yang memperlihatkan kekuatanNya di bumi, yang menjalankan segala lautan, yang meperlihatkan kekuasaan. dan pemerintahan di api neraka, yang meperlihatkan rahmatNya di dalam syurga, yang telah mengangkat tujuh petala langit dan menetapkan tujuh petala bumi dengan kudratNya, Maha Suci Allah, yang tidak ada tempat untuk bergantung dan tidak ada tempat untuk meminta pertolongan melainkan kepada Engkau semata-mata, maka Engkau tukarkan lah sapertimana Engkau menukarkan malam kesiang dan siang ke malam, segala keburukkan itu dengan segala kebaikan, segala kesulitan dengan kemudahan, segala penderitaan dengan kebahagiaan, segala kegagalan dengan kejayaan, segala kemudharatan dengan kesejahteraan dan segala kehinaan dengan pujian.

Ya Allah, selamatkan anak kecil ini dan Engkau peliharalah hatinya, matanya, telinganya, mulutnya tangannya, kakinya dan seluruhnya anggotanya  daripada gangguan syaitan yang direjam dan bala tenteranya.

Ya Allah, kurniakanlah lah kepada anak kecil ini iman yang sempurna. Kesihatan tubuh badan yang berterusan, dilapangkn rezekinya seluas langit dan bumi. Memiliki budi pekerti yang baik dan akhlak terpuji. Menjadi hamba yang sentiasa taat dan patuh kepada perintah2 Mu. Menjadi anak yang soleh kepada kedua ibubapanya.

((((   keluar   ))))