Jom Belajar Tajwid  



 Kaedah Rasm Uthmani
Riwayat Hafs dari Imam Asim
Toriq Syatibi

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى ءاله وصحبه أجمعين

Alhamdulillah, bersyukur saya kepada Allah swt yang dengan rahmat, taufiq, hidayah dan inayah Nya dapat saya membina laman web ini  sebagai kesenambungan dari web tajwid saya yang terdahulu dengan tajuk baru "http://www.shukom.com/buku.tajwid.html".

Untuk makluman pengunjung laman web ini, konsep LEARN SMART yang diperkenalkan dalam modul saya ini lebih kepada kaedah  LIHAT dan FAHAM. Nota-nota dan contoh-contoh yang diberikan  dibuat seringkas-ringkasnya supaya jelas dan mudah difahami. Bagi sesiapa yang pernah belajar tajwid dan membaca buku-buku tajwid yang berada di pasaran pastinya akan mendapati nota-nota dan contoh-contoh saya ini dilihat mempunyai banyak kekurangannya dan perbezaan. Semoga kekurangan itu tidak menjadi fitnah dan salah faham kerana modul ini di reka hasil dari rungutan dan maklum balas orang-orang yang merasa susah untuk belajar dan memahami asas ilmu tajwid dan ini adalah modul ASAS MEMAHAMI ILMU TAJWID. Walaubagaimana pun, saya mengalu-alukan teguran yang membina agar teguran itu akan dapat memperbaiki isi kandongan laman web ini dimasa-masa akan datang.

Membaca al-Quran dengan betul merupakan ibadah. Mengamalkannya akan memperoleh kebahagiaan dunia dan akhirat. Mempelajari ilmu tajwid merupakan fardhu kifayah dan membaca al-Quran dengan tajwid adalah fardhu ain bagi setiap kaum muslimin. Sesungguhnya al-Quran yang digunakan dengan betul dapat mengisi fikiran dan jiwa dengan hikmah dan kemuliaan.

Mempelajari ilmu tajwid bertujuan agar dapat memelihara lidah daripada kesalahan menyebut ayat-ayat al-Quran ketika membacanya serta menjaga lisan dalam melafazkan setiap huruf dari makhrajnya dan memenuhi hak-hak setiap huruf. Ilmu tajwid juga memberikan ruang kepada kita untuk mencapai kejayaan dan kebahagiaan serta mendapat rahmat dan keredhaan Allah di dunia dan akhirat. [ dalilnya ]

Semoga laman web buku tajwid ini dapat memberi manafaat kepada sesiapa yang ingin mempelajari asas ilmu tajwid. Jika ada kemusykilan atau kurang faham dengan kandongan nota dan contoh yang terdapat didalam laman web ini, sila hubungi saya. Selamat mencuba dan selamat berjaya.



( Sila klik pada nama-nama tajwid dibawah )

Mad Asli
Mad Arid Lisukun
Mad Badal
Izhar Halqi
Izhar Syafawi
Alif Lam Qamariah
Alif Lam Syamsiah
Alif Lam Jalalah
Wajibul Ghunnah
Iqlab
Mad Silah Qasirah & Mad Silah Towilah
Mad Wajib Muttasil & Mad Jaiz Munfasil
Mad Iwad
Mad Lin
Bacaan Hamas
Bacaan Qalqalah
Idgham Maal Ghunah
Idgham Bila Ghunnah
Idgham Mislain
Idgham Mutamasilain
Ikhfa' Haqiqi
Ikhfa' Haqiqi Akhbar
Ikhfa' Syafawi
Mad Lazim Kalimi Muthaqqal
Mad Ta'zim
Mad Tamkin

Huruf-huruf Muqatoah Bacaan Hamzah Wasal Bacaan Saktah Sujud Sejadah Bacaan Nun Iwad Huruf  Ziadah

Tanda Waqaf Makhraj Bacaan Khilaf Surah at-Taubah


Doa Selepas Mengaji Doa Khatam Koleksi Doa



Ustaz Abd.Shukor bin Mohamed
abdshukormohamed@gmail.com
HP : 012-2563716  /  019-2076711
http://www.facebook.com/shukormohamed
http://www.shukom.com/kelas.online.html